Toyota Altis 2012

Dalam posting sebelum ini, saya ada mengatakan Altis 2012 1.8 dual vvti adalah pilihan yang lebih baik dari Honda Civic 1.8 iVTEC. Ada beberapa pilihan lain yang lebih baik seperti Nissan Sylphy yang baru, tapi harganya masih lagi mahal dan diluar kemampuan. Manakala saya cuba elakkan jenama Korea buat masa ini. Pengalaman yang lama memiliki jenama Korea membuatkan dompet saya sering jatuh sakit. Tapi itu terpulang kepada individu dan cita rasa masing masing.

1.  Sistem suspensi Altis torsion beam lebih kepada keselesaan berbanding dengan Civic yang menggunakan multi link setup. Multi link setup memberikan kelebihan cornering dynamic kepada Civic berbanding dengan torsion beam Altis. Kelemahan torsion beam ialah, sekiranya selekoh yang diambil mempunyai lubang, cornering dynamic Altis akan berubah disebabkan wheelbase Altis akan berubah setiap kali bump. Walaupbagaimanapun, sistem suspensi ini tidak perlu menjalani alignment seperti Civic

2. Selain mempunyai sistem suspensi yang selesa, Altis juga dilengkapi dengan penebat bunyi yang menghalang bunyi enjin, tayar, angin dan pelbagai bunyi cengkerik menghasilkan perjalanan yang selesa berbanding Civic

3. Tujuan utama pembelian adalah untuk keselesaan keluarga dan bukan untuk memandu laju. Pengalaman memandu CRZ manual menyebabkan saya menjadi mudah panas dan pantang dicabar. Pernah ke tuan main tailgate kereta depan pada halaju 180 kerana dicabar? So dengan Altis yang seperti kereta uncle, saya malas nak layan mat mat rempit yang nak berlumba

4. Enjin toyota yang lebih lasak dan perlu diservis pada sela masa 10,000 km berbanding dengan Civic pada sela masa 5000km. Bagi saya itu akan membantu saya berjimat

5. Altis datang dengan gearbox CVT dan clutch torque converter. Kelebihan ialah penjimatan petrol 15% dan penukaran gear yang lancar. Katakan ratio CVT bermula dari 0.5 dan berakhir pada nilai 10. Maka CVT ini akan sentiasa mengubah ratio gear dan nilai ratio ini adalah infiniti antara nilai 0.5 dan 10 tadi

6. Kemasan dalaman Altis yang ergonomik dan santai berbanding dengan Civic seperti racing boy. Saya mengakui dashboard Civic lebih menawan, tapi secara keseluruhan interior Altis nampak lebih selesa dan santai

Selepas menetapkan model dan anggaran harga, maka bermula pencarian selama 3 bulan yang memeritkan.

http://www.carrentalrawang.com

http://www.mergecarrental.com

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: