Toyota Altis – dilema….

Langkah pertama saya untuk mencari kereta terpakai ialah dengan membuat carian di laman Mudah.my

Tetapi saya hanya akan tumpukan pada private seller sahaja. Boleh rujuk gambar untuk senarai kereta yang dijual oleh pemilik

Berdasarkan gambar, ada 767 kereta altis yang disenaraikan tapi kebanyakan iklan dibuat oleh penjual kereta terpakai. Carian pada hari ini mendapati hanya ada 22 individu sahaja yang menjual Altis 2012

Semasa saya membuat carian, memang sukar untuk menemui Altis 1.8 G tahun 2012. Hanya ada satu Altis E Spec yang dijual oleh pemilik asal. Altis E spec merupakan versi downgrade dari G Spec

E spec tidak mempunyai:

1. Kerusi balutan kulit. Sangat penting jika anak anda mempunyai hobi menumpahkan susu, milo dan segala cecair dalam kereta. E spec hanya menggunakan fabrik

2. Tiada ciri keselamatan ESC. Walaubagaimana hebat pun anda memandu, ESC lebih cekap menghulurkan bantuan semasa brake kecemasan.

3. Tiada power seat, pelarasan tempat duduk dibuat secara manual

4. Kemasan meter seperti Myvi berbanding versi G yang mempunyai meter optitron, terima kasih Lexus kerana mewariskan teknologi ini kepada Toyota

Walaubagaimanapun, harga yang ditawarkan oleh pemilik Altis adalah mahal. Pemilik altis telah menaiktaraf kenderaan beliau kepada Toyota Estima. Sudahla harga mahal, rundingan untuk diskaun pun ditolak. Namun dia seolah olah terdesak untuk menjual kereta tersebut secepat mungkin membuatkan saya rasa tidak selesa. Lepas fikir masak- masak, saya tolak tawaran tersebut kerana harga yang mahal akan menyebabkan bulanan saya melebihi 15% dari pendapatan. Tambahan pula variant E ini bukan tidak mempunyai ciri keselamatan ESC

Saya senaraikan 5 Altis yang mempunyai kilometer yang rendah dan mula membuat lawatan ke kedai usedcar. Lawatan sempoi sahaja, sengaja saya tidak bawa duit pendahuluan dan letak harapan yang rendah

Tujuan utama lawatan ialah untuk memeriksa no pendaftaran kenderaan yang berpotensi. Nombor pendaftaran ini akan diperiksa bagi memperoleh maklumat berikut

1. Kilometer sebenar kereta berdasarkan tarikh lawatan terakhir ke pusat service

2. Adakah kereta ini pernah mempunyai rekod di Bahagian Body and Paint bagi baik pulih kemalangan

Hasilnya amat mengecewakan. Kesemua kereta yang saya periksa mempunyai meter perbatuan yang telah diubahsuai. Ada satu kereta telah dipandu sejauh 200k km tapi meter hanya menunjukkan bacaan 50k km.

Malah terdapat beberapa lawatan saya ke pusat jualan di Pulau Pinang adalah sia-sia. Apabila pandu uji dibuat, enjin dan kotak gear terasa lancar dan tiada masalah. Namun lain cerita apabila ujian brake dan langgar bump dilakukan. Seperti lower arm kereta terasa longgar.

Terdetik dalam hati, kebanyakan pemilik Toyota ni memang lenjan kereta maksimum, cukup umur 5 atau 7 tahun baru jual. Disebabkan brand toyota adalah kuat, senang saja penjual kereta terpakai menjual semula dengan Harga yang tinggi

 

Kebanyakan kereta yang saya jumpa sudah diubahsuai meter dan harga yang diletakkan adalah tinggi

 

Harga 2 tahun lepas bagi Altis 1.8 G ialah sekitar 75-80k, bagi saya agak mahal. Itu baru harga body, belum lagi masuk harga insurance. Lepas 3 bulan, rasa nak mengalah pun ada. Baik beli bezza je, haha.

Selepas beberapa hari berfikir, saya berpendapat baik saya lupakan Altis dan cari Alternatif lain….

Untuk khidmat kereta sewa atau transportation boleh klikĀ www.carrentalrawang.com

Related Posts

About The Author

6 Comments

  1. Grand Marquis
    October 17, 2017
    • farhanalias
      October 17, 2017
      • Grand Marquis
        October 20, 2017
  2. Haniff
    June 25, 2018
    • farhanalias
      July 4, 2018
    • farhanalias
      November 17, 2018

Add Comment

%d bloggers like this: