Toyota Innova 2016

New Toyota Innova

================

Toyota Innova ni share platform dengan Toyota Hilux dan Fortuner. Platform IMV – innovative international multipurpose vehicle yang boleh share antara pick up truck dan kenderaan penumpang. Toyota dah lama buat programme untuk platform sharing. Jimat kos development. Satu platform 3 model keluar

Apa yang baru:

1. Enjin dual vvti dengan 6 speed auto. Mode pilihan pemanduan boleh pilih saamada Eco atau power. Nak santai boleh guna mode eco

2. Ride & Handling – bahagian pemandu ada peningkatan dari segi keselesaan walaupun bahagian belakang terasa sedikit melantun, no thanks to leaf spring suspension. Bawa atas jalan biasa dan cuba matikan radio, terasa senyap macam berada dalam bilik kalis bunyi. Bawa 120km/h macam slow pula

3. Interior – Toyota biasa kedekut dalam hiasan dalaman mungkin telah taubat nasuha setelah diajar oleh Korean. Quality tempat duduk fabrik terasa mahal, paparan meter halaju dibuat teliti seperti mpv mewah. Kawalan aircond bahagian belakang turut disertakan.

Barisan kerusi kedua mempunya mini table yang boleh dilipat seperti menaiki keretapi atau flight. Untuk yamg varian kami beli terdapat lampu malam wang menghidupkan suasana kabin. Pencahayaan suis lampu turut diberi perhatian oleh Toyota, nampak ada class

4. Pengendalian – Toyota Innova lebih kepada kenderaan keluarga dan mementingkan keselesaan. Walaupun menggunakan chassis yang sama seperti Hilux yang rugged, tetapi keselesaan adalah amat bagus sekali bagi kenderaan yang menggunakan chassis ladder, frame on top. Kalau memandu sekitar 70km/jam, susah untuk mendengar bunyi tayar

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: