Toyota Yaris 2018

Pada Februari 2018 yang lepas, Toyota Indonesia telah melancarkan Toyota Yaris facelift (codename XP150) dan menggunakan enjin 1500cc dual vvti 2NR-FE. Enjin generasi terbaru ini akan menggantikan enjin lama 1NZ-FE yang digunakan oleh model lama. Rekabentuk Toyota Yaris ini sama seperti Toyota Yaris Ativ versi Low Cost Green Car (LCGC) tapi versi Thailand menggunakan enjin 3NR-FE yang mempunyai kapasiti 1200cc

Dari segi ukuruan, panjang keseluruhan model Toyota Yaris ini ialah 4145mm, dengan lebar 1730 mm. Tinggi Toyota Yaris ialah 1500mm dan bagi menganggarkan ruang dalaman kereta ini, jarak antara roda ialah 2550mm. Secara keseluruhan, dimensi kereta ini telah mengalahkan pesaingnya yang terdekat iaitu Honda Jazz yang mempunyai panjang keseluruhan 3995mm, lebar 1694mm, tinggi 1550mm dan jarak antara roda 2530mm.

Berbanding dengan model lama, model mempunyai chassis yang telah ditambah baik termasuk bilangan spot weld yang ditambah yang akan memberikan kelenturan yang tinggi terhadap chassis. Bukan itu sahaja, bahan kedap bunyi turut ditambah pada lantai chassis bagi menghasilkan kabin yang kedap bunyi dan menyumbang kepada kualiti NVH(Noise, Vibration & Harshness) yang lebih baik. Buat masa ini, pihak ASEAN NCAP masih belum mengeluarkan keputusan rasmi ujian perlanggaran bagi Toyota Yaris.

Enjin Toyota Yaris menggunakan enjin dari siri 2NR lengkap dengan teknologi DOHC Dual VVTi yang mampu menjana kuasa setinggi 105 horsepower dan 140Nm tork. Bagi pilihan pasaran Indonesia, enjin ini akan digandingkan dengan kotak gear CVT ataupun kotak gear manual 5 kelajuan manual. Bagi pasaran Malaysia kelak (maybe 2018) enjin ini pasti akan dikahwin paksa dengan kotak gear CVT sahaja. Bagi variant TRD, kotak gear tersebut akan datang bersama dengan paddle shift.

Sama seperti mana-mana kereta kelas B (Iriz Myvi Jazz), chassis ini datang dengan sistem suspensi McPherson Strut pada roda hadapan dan sistem torsion beam pada roda belakang. Sistem steering pula adalah dari unit Electric Power Steering EPS. Bagi variant TRD, brek cakera berliang (Ventilated Brake Disc) dipasang pada roda hadapan, manakala roda belakang mendapat solid brake disc. Sama seperti barisan Vios, kemungkinan besar, semua variant akan dilengkapkan dengan sistem Electronic Stability Control. Toyota Yaris juga mempunyai 7 beg keselamatan udara iaitu 2 untuk penumpang hadapan, 2 untuk beg udara sisi, 2 curtain air bag, dan satu beg udara untuk lutut pemandu.

Disebabkan Toyota masih mengamalkan sistem apartheid, hanya variant TRD akan datang dengan lampu depan projektor, LED DRL dan juga lampu kabus. Variant lain hanya akan dipasang dengan lampu utama halagen reflektor dan tiada lampu kabus. Lampu belakang pula akan dipasang dengan lampu kombinasi LED.

Ruang papanmuka pemandu dan paparan meter pula menampilkan rekabentuk dengan konsep “fun” dan teknologi optitron (myvi 2008 dah ada). Paparan bagi suis penyaman udara adalah sama seperti myvi iaitu menggunkan butang sentuhan lembut (soft touch) dan paparan digital yang menyerlahkan konsep moden dalam rekaan Toyota Yaris ini. Suis ini membolehkan pemandu mengawal halaju kipas penyaman udara dan juga suhu

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: