Type R – Living Legends from

Legasi Type R

Type R dari Honda bukan sekadar lencana merah Type R dan Logo Honda berwarna merah, model Type R adalah talaan khusus yang membezakan model produksi biasa dengan model talaan Type R

1. Berbanding dengan model 1.5 Turbo FC (model lama FB dan FD) dipasang di Malaysia, model type R dengan kod chassis FK dipasang di Honda Swingdon dan enjin K20C turbo dipasang di Amerika sebelum dieksport ke Swingdon untuk dipasang ke chassis. Akhir sekali baru eksport ke Malaysia dan juga Jepun. No wonder harga dia mahal.

Kita juga tiada perjanjian FTA dengan kedua dua negara menyebabkan cukai kereta ini melebihi harga kereta

2. Enjin Civic biasa kod menggunakan kod L15B7 bersesaran 1500 cc, menghasilkan 175hp pada 6000 RPM. Enjin ini dipadankan dengan kotak gear CVT

Enjin civic type R (CTR) K20C1 bersesaran 2000cc menghasilkan 308hp dan dipadankan dengan kotak gear manual 6 kelajuan. Maaf tiada pilihan kotak gear auto. Kepada generasi weechat, maaf sila ambil lesen gear manual dulu😝

3. So, kalau chassis sama, masukkan saja enjin K20C1, maka anda akan dapat sebiji Type R. Maaf, ia tidak semudah itu.
Chassis type R ditala dengan
– torsional rigidity ditambah sehingga 38%
– static bending rigidity bertambah 45%
– center of gravity diturunkan dalam 10mm
-spring hadapan 2 kali ganda lebih keras
-spring belakang 1.6 kali ganda keras
-anti roll bar hadapan 1.7 kali lebih keras manakala anti roll bar belakang 2.4 ganda keras

4. CTR mampu memecut dari kosong ke 100km/h dalam masa 5.7 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 272km/h

Honda Civic FC melakukan pecutan dari 0 ke 100km/h dalam masa 8.4 saat dan halaju maksima ialah 200km/h

5. Absorber pula boleh ditetapkan kekerasan bergantung pada kebolehupayaan tulang rusuk anda bergetar. Default mode pada talaan Sport, dan boleh diubah kepada R+ sekiranya anda memandu di litar atau Comfort jika kawasan rumah anda mempunyai jalan yang berlubang lubang. Anda mempunyai sebuah civic yang sesuai untuk ke litar lumba, merempit bersama geng wira turbo jalanan dan sebuah kenderaan untuk membawa ayah ke masjid

6. Salah satu cara untuk menjadikan CTR ringan dan tangkas ialah dengan cara memgurangkan berat kereta. Ini adalah salah satu sebab kotak gear manual 6 kelajuan dipilih untuk dipadankan pada CTR. Selain dari ringan, gear manual juga mampu memberikan pengalaman dan engagement antara pemandu dan kereta.

Gated gear yang jelas, pendek dan tepat menyebabkan pemandu ketagih untuk menukar gear. Pemandu akan perasan tombol gear terasa solid dan berat, tetapi apabila masuk pada slot, tombol gear makan meluncur ke dalam slot diiringi dengan bunyi “thud” yang sangat tegas dan sporty. Tidak dinafikan bahawa Honda adalah antara pembuat gear manual terbaik dunia dan penghasilan gear manual ini adalah trade secret Honda. Klac pula terasa ringan sama seperti kereta manual biasa. Jadi tak lerlu risau sangat kalau terperangkap dalam jam. Biarkan saja pemandu lain mengelap air liur dalam jam.

Dual clutch transmission, walaupun mempunyai kecekapan penukaran gear dan kecekapan mekanikal yang lebih baik, namun berat gearbox tersebut akan membuatkan ketangkasan CTR tumpul di selekoh.

7. Antara masalah yang dihadapi oleh kereta pacuan depan dengan kuasa yang tinggi ialah masalah torque steer. Kuasa dari enjin akan memberi kesan pada steering yang menyebabkan kereta akan ke kiri atau ke kanan setiap kali memecut. Honda mengatasi masalah ini dengan memberikan CTR
– helix LSDyang memberikan torque yang tepat pada setiap roda depan
– roda dan tayar yang lebih lebar
-merapatkan paksi putaran steering ke bahagian tengah roda
-sudut camber dikurangkan sehingga 1°

8. Berbanding dengan model lama FD2R yang menggunakan enjin VTEC K20A memang beroperasi pada high RPM bagi mencapai 225hp pada 8000 RPM dan mencapai torque maksmima 215Nm pada 6100 RPM. Pemandu terpaksa menunggu seketika untuk enjin mencapai RPM tinggi dan VTEC kick in. Dalam enjin ini, akan berlaku switcing dari normal cam ke racing cam. Kelebihan enjin K series DOHC ialah mempunyai VTEC + VTC= iVTEC (VVTi for honda) untuk injap kemasukan yang membolehkan pemasaan dan penukaran kepada cam racing dibuat serentak. Compression Ratio pula pada 11.5 menyebabkan hanya RON97 saja yang sesuai.

Enjin baru K20C mendapat mendapat teknologi baru seperti:
– direct injection dimana injector petrol berada dalam silinder, parameter pembakaran boleh dikawal dengan lebih baik. Volumetric efficiency bertambah
– sistem turbo bagi meningkatkan thermal efficiency. Turbo akan memaksa lebih udara masuk masuk ke dalam silinder

Apabila udara dipaksa masuk dengan kaedah tekanan turbo, maka suhu akan meningkat. Peningkatan suhu akan menyebabkan knocking. Beberapa parameter diubah bagi mengurangkan risiko knocking

-exhaust manifold yang disejukkan dengan menggunakan air
-valve yang diisi dengan sodium bagi penyejukan
– permukaan piston yang direka khusus untuk penyejukan dengan meningkatkan aliran minyak pelincir
-penggunaan intercooler yang menyejukkan udara sebelum dipaksa masuk ke dalam silinder
-compression ratio ditetapkan pada 9.8

Hasilnya enjin ini mampu menjana 308
Hp pada 6500RPM dan 400Nm flat torque antara 2500-400RPM. Semua angka ini diperoleh pada RPM rendah dan menggunakan RON 95. Enjin ini menjana 83hp dan 185Nm lebih dari enjin K20A

Mekanisma VTEC tetap wujud dalam enjin ini tapi kelainannya ialah, ia wujud pada valve exhaust, membantu pengaliran asap exhaust pada RPM rendah dan mengurangkan kesan turbo lag. Pada enjin K20A, mekanisma ini wujud pada valve intake.

Fungsi VTC masih wujud pada valve intake dan valve exhaust. Selain berfungsi mengubah pemasaan samaada untuk advance atau retard, dual VTC ini akan menggalakkan berlakunya valve overlap yang terbuka pada masa yang sama untuk meningkatkan Exhaust Gas Residual. Apabila EGR meningkat, ia akan mengurangkan penghasilan gas berbahaya NOx dan SOx.

9. Apabila memandu kereta manual, pemandu mesti memahirkan diri dengan kaedah heel and toe. Teknik ini memerlukan pemandu menekan minyak dan brek pada masa yang sama ketika menukar gear. Sekiranya penukaran dilakukan tanpa menekan pedal minyak, RPM akan jatuh dan enjin terpaksa diperah semula. Honda memperkenalkan sistem rev-matc yang membolehkan pemandu tak pro macam saya menurunkan gear tinggi ke rendah dengan lancar, tanpa perlu buat heel and toe

10. Salah satu aspek yang perlu diberi perhatian ialah keupayaan pemandu mengawal pecutan atau throttle modulation. Terlebih tekan pendikit ketika selekoh akan menyebabkan under steer ataupun oversteer. Honda memperkenalkan Sistem Agile Handling Assist (AHA) turut diberikan yang disepadukan bersama sistem VSA. Ia memberikan sedikit brek pada roda bahagian dalam ketika kereta ini memecut di selekoh, di roda kiri sekiranya selekoh kiri dan kanan sekiranya selekoh kanan seperti bantuan vektor.

Kedua dua sistem menjadikan pemandu amatur seperti professional, dan pemandu professsional seperi living legend

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: