Understeer

Understeer
 
Biasa tengok F1? Zaman jentera F1 masih menggunakan enjin susunan V8 3000cc dan mengaum sehingga 11,000rpm , saya adalah peminat Sauber BMW dan Ferrari. Kalau sekarang saya dah tak minat tengok F1, sebab enjin dia dah tukar pada enjin mesin rumput, laju sikit dari enjin mesin tebu..
Dalam F1, pengacara biasa menyebut perkataan understeer dan oversteer bagi menggambarkan keadaan jentera F1 mengambil selekoh. Kedua dua situasi ini bukan sahaja berlaku di litar lumba, tapi semasa pemanduan biasa
 
Understeer berlaku sewaktu kereta mengambil selekoh, tayar depan kehilangan cengkaman pada permukaan jalan, memaksa kereta  mengambil selekoh pada sudut yang lebar. Sekiranya diperhatikan dari atas, kereta akan terbabas ke bahagian luar selekoh
Perhatikan gambar di atas. Garisan putus putus ialah garisan ideal untuk mengambil selekoh. Garisan bersambung ialah laluan kereta sewaktu understeer berlaku.
Faktor-Faktor Menyebabkan Understeer
1. Memecut sewaktu mengambil selekoh
2. Menekan brek sewaktu mengambil selekoh
3. Memasuki selekoh melebihi kelajuan selamat
4. Keadaan permukaan jalan yang licin
Tanda tanda anda sedang mengalami understeer
1. Steering terasa ringan dari biasa
2. Muncung hadapan kereta hanyut ke luar selekoh walaupun sudut pada steering adalah betul berdasarkan sudut selekoh
3. Kadangkala tayar depan berbunyi seperti sedang brek walaupun tiada input brek
Cara mengatasi
Memecut Ketika Selekoh
1. Bagi kereta FF, tayar depan ada 2 fungsi iaitu menerima kuasa dari enjin dan menggerakkan kereta ke hadapan atau belakang dan satu lagi ialah mengemudi arah kenderaan. Cengkaman yang wujud antara roda depan digunakan untuk kedua dua tujuan, memacu kereta ke depan dan mengemudi. Jika pecutan dibuat semasa mengambil selekoh, cengkaman akan digunakan untuk pecutan, dan cengkaman untuk mengemudi makin berkurang.
Senang cerita, kite letak nilai cengkaman tu 10. Kalau pecutan dibuat, cengkaman untuk memecut menggunakan 80%, maka hanya tinggal 20% cengkaman untuk mengemudi. Ini akan menyebabkan understeer.Bagi mengatasi masalah ini, hanya lepaskan sedikit pedal minyak secara perlahan lahan, dan cengkaman untuk tayar akan bertambah. Pada masa yang sama, tambah input steering ke arah selekoh. Baru kereta kembali ke arah yang betul
Membrek Ketika Selekoh
2. Ketika membrek, akan berlaku “weight transfer” dari bahagian belakang ke bahagian depan. Sekiranya brek dilakukan sewaktu selekoh, tayar depan akan menerima 3 tugas, mengemudi, memecut kereta dan menerima tekanan ketika brek. Apa yang terjadi ialah tayar depan kehilangan cengkaman akibat ketiga tiga tugas di atas. Elakkan membrek ketika selekoh, sebaliknya brek ketika jalan lurus adalah lebih baik. Sekiranya perlu membrek, lakukan trail braking secara sekata dari permulaan selekoh sehingga ke pertengahan selekoh. Sampai di petengahan selekoh, baru tekan pedal minyak secara sekata.
Untuk melihat video ringkas mengenai understeer dan oversteer dari Jeremy Clarkson boleh klik link berikut:

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: