VTEC

VTEC – Variable Valve Timing and Lift Electronic Control

VTEC – satu trademark yang dibuat oleh jurutera Honda bagi menghasilkan satu enjin dengan 2 profile yang berbeza. Satu profile untuk normal drive dan fuel economy dan satu lagi untuk performance.

Fokus -Tujuan utama VTEC adalah untuk improve volumetric efficiency enjin pada kelajuan tinggi. Pada kelajuan tinggi, enjin menyedut campuran udara dan petrol dengan lebih banyak tetapi proses ini terganggu apabila bukaan valve yang sekejap dan sempit yang hanya sesuai untuk normal driving condition.

VTEC vs VVTi

Enjin VTEC mempunyai 2 camshaft profile, normal camshaft dan racing camshaft

Enjin VVTi hanya ada satu camshaft profile dengan keupayaan advance atau retard timing

Enjin toyota dengan fungsi yang sama dikenali sebagai VVTLi

Kenapa perlu VTEC

Cukai bagi kenderaan dikenakan berdasarkan cc atau saiz enjin. Semakin besar cc semakin tinggi cukai dan penggunaan bahanapi. Tak semua pengguna perlukan enjin yang besar pada setiap masa. Secara perbandingan enjin L15A7 honda dengan 1500cc mampu menjana 118hp vs enjin proton wira 4G15 dengan 92hp.

Bila VTEC berfungsi?

ECU enjin akan menentukan bila fungsi VTEC ini akan diaktifkan berdasarkan parameter engine oil pressure, suhu, halaju kenderaan, RPM dan kedudukan throttle. Apabila parameter ini berada dalam keadaan yang telah ditetapkan, locking pin akan masuk dan mengunci rocker arm dan bersambung dengan racing cam profile. Pada masa ini campuran udara dan petrol akan masuk dengan lebih banyak dan menghasilkan lebih kuasa untuk enjin disebabkan valve terbuka lagi lama dan luas dari biasa ( hasil dari penggunaan cam racing)

http://www.mergecarrental.com

http://www.carrentalrawang.com

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: