Mode Pemanduan – Pelbagaikan Karekter Pemanduan Kereta

20 tahun lepas, sekiranya kita berbicara tentang karekter sesuatu kereta maka akan wujud pelbagai genre bermula dari kereta kompak, sedan, kereta sport, kereta mewah atau kenderaan pacuan empat roda. Kalau nak jimat petrol, beli sahaja kereta Kancil atau Kelisa. Jika anda perlukan kelajuan dan pengendalian yang bagus baik beli saja Proton Satria GTi. Kalau hendak mkoerentas anak sungai, maka Pejero lebih sesuai untuk dimiliki.

Pendek kata karekteristik sesuatu kereta tidak akan sama antara satu sama lain. Faktor keselesaan sesebuah kereta sama sekali tidak boleh bercampur dengan pengendalian yang jitu dan faktor penjimatan bahan api sama sekali tidak boleh bercampur enjin yang berkuasa. Ini disebabkan teknologi pada masa dahulu masih lagi terhad dan tidak meluas. Enjin suapan karburetor digunakan dengan meluas, penggunaan Engine Control Module dan Electronic Fuel Injection hanya digunakan untuk kereta mahal sahaja, sama juga dengan penggunaan penyerap hentak boleh laras elektromagnetik yang terhad pada model tertentu sahaja, malah kalau kita sebut stering kuasa bantuan elektrik pun akan kelihatan janggal.

Keadaan permukaan jalan yang berbeza memerlukan karekteristik pemanduan kereta yang berlainan. Adalah tidak munasabah untuk anda memiliki beberapa kereta yang berbeza untuk memenuhi kesemua kehendak pemanduan. Malah setiap pemandu kereta akan memiliki cara pemanduan yang berbeza walaupun menggunakan kereta yang sama untuk menyesuaikan keadaan jalan yang berbeza.

Ada sesetengah pemandu suka memandu secara terutama bagi yang memiliki anak-anak yang kecil, ada pemandu yang baru mendapat lesen akan memandu secara berhemah, atau selepas beberapa tahun akan memandu secara agresif acah acah Schumacher dengan tagline “Eat VTEC for lunch”.

Jadi bagi memenuhi kehendak dan gaya pemanduan semua pemandu, kereta moden sekarang berupaya untuk mempelbagaikan prestasi kereta bergantung pada kehendak pemandu dengan hanya menukar mode pemanduan yang disediakan dengan hanya menekan butang ataupun skrin sesentuh

Parameter yang Diubah Apabila Menukar Mode Pemanduan

Modul Kawalan Enjin ataupun Engine Control Modul merupakan komponen utama yang akan mengawal fungsi enjin dan cesi seperti prestasi enjin, unit trenkuasa, kadar bantuan elektrik untuk sistem stering, sistem suspensi sekiranya kereta dipasang dengan penyerap hentak elektromagnet, dan juga brek. Setiap mode pemanduan akan memiliki talaan tersendiri untuk semua komponen dan seterusnya mengubah karekteristik kereta.

Sebagai contoh jika pemandu menukar mode pemanduan daripada Comfort Mode kepada Sport Mode, Engine Control Module akan mengubah respon pedal minyak, kekerasan penyerap hentak, bantuan kuasa unit stering, dan juga sistem cengkaman tayar melalui Electronic Stability Control. Dengan pendekatan ini, ia membolehkan sebuah kereta sport menjadi sangat selesa dan menjimatkan dan apabila mode pemanduan bertukar, ia akan kembali menjadi sebuah kereta sport sejati.

Mode Pemanduan yang Disediakan

Comfort Mode atau Mode Pemanduan Selesa ialah mode pemanduan yang biasanya ditetapkan oleh pembuat kenderaan sesuai untuk perjalanan pergi dan balik kerja serta sesuai untuk mengurangkan keletihan pemandu bagi perjalanan yang jauh. Mode ini merupakan mode pemanduan yang paling seimbang antara kuasa, penjimatan bahan api dan penyerap hentakan dilaraskan pada untuk keselesaan perjalanan dan bantuan kuasa stering elektrik berada pada tahap optimum memberikan rasa stering yang ringan.

Eco mode atau Mode Ekonomi jika diaktifkan akan menyebabkan Engine Contol Module diselaraskan untuk penggunaan bahan api yang paling jimat dan paling optimum. Unit ECM akan mengawal parameter operasi enjin, kotak gear dan juga pemampat penyaman udara. Respon enjin akan menjadi lebih perlahan di mana RPM enjin akan naik secara tenang dan biasanya kuasa enjin akan berkurang daripada Mode Comfort. Malah kuasa pecutan enjin akan berkurang dan menyebabkan sesetengah pemandu menjadi kurang selesa.

Pemandu juga akan dapat rasa penukaran gear akan dibuat lebih awal daripada biasa dari Mode Comfort dan unit ECM akan memastikan gear tertinggi sentiasa digunakan. Bagi mendapatkan lebih penjimatan bahan api, sesetengah pengeluar akan mengurangkan beban pada pemampat penyaman udara agar “parasitic load” akan dikurangkan. Ia akan menyebabkan penyaman udara kurang sejuk dan kurang sesuai digunakan sekiranya memandu dalam cuaca terlampau panas ataupun sejuk.

Dalam Mode Ekonomi, pemandu akan mendapat penggunaan bahan api yang terbaik samaada memandu di dalam bandar ataupun lebuh raya. Malah dalam mode ini, penghasilan asap dan gas beracun dari ekzos akan berkurang di mana ia bagus untuk alam sekitar. Selagi Malaysia gagal mendapat petrol RM 1.50 seperti yang diformulakan, maka mode ini sangat enting untuk rakyat marhaen.

Sport Mode atau Mode Pemanduan Sport disediakan oleh pengeluar kenderaan untuk pemandu menggunakan potensi maksima yang ada pada sesebuah kereta. Apabila ia diaktifkan oleh pemandu, ia akan menukar watak kereta dari sebuah kenderaan yang membosankan kepada sebuah kenderaan yang menyeronokkan dan agresif.

Mode Sport akan memberikan respon yang pantas pada pedal minyak dan pecutan kereta akan bertambah pantas. Namun pada masa yang sama, sesetengah kereta akan mengeraskan sistem penyerap hentak untuk cengkaman tayar yang lebih baik dan mengurangkan olengan cesi ketika mengambil selekoh. Roda steering juga akan menjadi sedikit keras bagi memabantu pemandu mengawal stering dengan lebih baik. Malah kotak gear juga ditala agar ia menukar gear pada RPM yang lebih tinggidan memberikan sensasi sentapan ketika penukaran gear dibuat.

Sport Mode + merupakan satu mode pemanduan yang lebih nakal berbanding dengan Sport Mode yang normal yang akan memberikan kerekter pemanduan yang lebih sporti. Biasanya ia datang dengan sistem kawalan Dynamic Stability Control (nama lain bagi ESC atau Kawalan Kestabilan Elektronik).

Berbanding dengan ESC yang biasa dipakai pada kereta yang lebih murah, DSC membenarkan pemandu atau ECM untuk mengawal jumlah input ESC untuk masuk dan merampas kawalan kereta sekiranya terbabas. Atau ia membenarkan kereta terbabas sedikit untuk mengujakan pemandu sebelum ESC masuk dan mengambil alih kawalan kereta sebelum ia tersadai dalam longkang.

Ini akan membenarkan tayar berputar atau “spin” untuk seketika dan bagi pemandu yang professional ia membantu menyediakan sudut yang tepat dan ekstrim untuk “drift” dan sudah pasti ia memerlukan kemahiran dan juga latihan. Maaf supercar Malaysia tiada fungsi ini

Race Mode atau Mode Perlumbaan biasany disediakan untuk kereta yang memang berorientasikan perlumbaan dan kelajuan. Mode ini hanya akan diaktifkan di litar lumba dan jalan tertutup bagi memberikan prestasi enjin yang maksima tanpa batasan dan kawalan cesi yang luar biasa. Sebagai contoh kereta Ferrari 458 Italia dan juga barisan Mercedez AMG

Off Road Mode¬†akan ditawarkan pada kenderaan yang mempunyai pacuan semua roda (All Wheel Drive) seperti Volvo XC40. Fungsi utama mode pemanduan ini ialah memberikan cengkam tayar ekstra pada permukaan jalan yang kasar dan jalan tidak bertar.¬† Apabila mode ini diaktifkan dan halaju kereta kurang dari 40km/h, bantuan kuasa steering akan diberikan menjadikan stering berasa ringan, fungsi Kawalan Menuruni Cerun (Hill Decent Control) akan diaktifkan dan fungsi “Start-Stop” akan dimatikan

Custom Mode atau mode pemanduan yang boleh diuabah atau ditetapkan oleh pemandu berdasarkan kehendak pemandu. Ia membenarkan pemandu mengubah sendiri kekerasan penyerap hentak, respon enjin, brek, sistem Dynamic Stability Control dan juga. Anda mungkin sukakan penyerap hentakan lembut, respon enjin sedehana, Dynamic Stability Control yang sedikit liar dan brek yang responsif

 

Related Posts

About The Author

Add Comment

%d bloggers like this: